Selamat Datang di Portal Pendidikan

Sifat-sifat utama Nabi Muhammad SAW yang Patut di Teladani

Sifat-sifat utama Nabi Muhammad SAW
yang patut diteladani
“Tiadalah Kami mengutus engkau
(wahai Muhammad) melainkan untuk
menjadi Rahmat bagi sekalian alam.”
(Quran s. al- Anbiya : 107)
Peribadi Nabi Muhammad s.a.w.
sungguh menarik hati seluruh manusia
yang mengakui kebenaran, keperibadian
Rasulallah jelas diterangkan dalam al-
Quran antaranya Allah berfirman yang
bermaksud:
“Maka disebabkan rahmat dari Allah
(kepadamu Muhammad s.a.w) , engkau
telah bersikap lemah lembut kepada
mereka. Kalaulah engkau bersikap kasar
lagi keras hati, tentulah mereka akan
menjauhkan diri dari kamu. Oleh itu
ma’afkanlah mereka (mengenai
kesalahan yang mereka lakukan
terhadap engkau, dan mohonlah
keampunan bagi mereka, dan juga
bermusyawarahlah dengan mereka
dalam urusan (permasaalahan
keduniaan) itu. Kemudian setelah
engkau berazam (untuk membuat
sesuatu) maka bertawakkallah kepada
Allah. Sesungguhnya Allah mencintai
orang yang bertawakkal kepadaNya. (al-
Quran s. Ali Imran: 159)
Ini salah satu sifat terpuji dari peribadi
Nabi Muhammad s.a.w. diantara banyak
lagi sifat terpuji yang dimiliki oleh
Rasulallah s.a.w., sehingga
menyebabkan baginda Nabi s.a.w. telah
dapat membawa suatu perubahan yang
luar biasa terhadap masyarakat ummat
manusia, khasnya masyarakat Arab di
zaman jahiliah
Kebiasaannya
Telah dikeluarkan oleh Ya’kub bin
Sufyan Al-Faswi dari Al-Hasan bin Ali
ra. katanya: Pernah aku menanyai bapa
saudaraku (dari sebelah ibu) Hind bin
Abu Halah, dan aku tahu dia memang
sangat pandai mensifatkan perilaku
Rasulullah SAW, padahal aku ingin
sekali untuk disifatkan kepadaku
sesuatu dari sifat beliau yang dapat aku
mencontohinya, maka dia berkata :
Adalah Rasulullah SAW itu kelihatannya
seperti orang yang selalu bersedih,
senantiasa banyak berfikir, tidak pernah
beristirehat panjang, tidak berbicara
bila tidak ada keperluan, banyak
diamnya, memulakan bicara dan
menghabiskannya dengan sepenuh
mulutnva, kata-katanya penuh mutiara
mauti manikam, satu-satu kalimatnya,
tidak berlebih-lebihan atau berkurang-
kurangan, lemah lembut tidak terlalu
kasar atau menghina diri, senantiasa
membesarkan nikmat walaupun kecil,
tidak pernah mencela nikmat apa pun
atau terlalu memujinya, tiada seorang
dapat meredakan marahnya, apabila
sesuatu dari kebenaran dihinakan
sehingga dia dapat membelanya.
Dalam riwayat lain, dikatakan bahawa
dia tidak menjadi marah kerana sesuatu
urusan dunia atau apa-apa yang
bertalian dengannya, tetapi apabila dia
melihat kebenaran itu dihinakan, tiada
seorang yang dapat melebihi marahnya,
sehingga dia dapat membela kerananya.
Dia tidak pernah marah untuk dirinya,
atau membela sesuatu untuk
kepentingan dirinya, bila mengisyarat
diisyaratkan dengan semua telapak
tangannya, dan bila dia merasa takjub
dibalikkan telapak tangannya, dan bila
berbicara dikumpulkan tangannya
dengan menumpukan telapak tangannya
yang kanan pada ibu jari tangan
kirinya, dan bila dia marah dia terus
berpaling dari arah yang menyebabkan
ia marah, dan bila dia gembira
dipejamkan matanya, kebanyakan
ketawanya ialah dengan tersenyum, dan
bila dia ketawa, dia ketawa seperti
embun yang dingin.
Berkata Al-Hasan lagi: Semua sifat-sifat
ini aku simpan dalam diriku lama juga.
Kemudian aku berbicara mengenainya
kepada Al-Husain bin Ali, dan aku
dapati ianya sudah terlebih dahulu
menanyakan bapa saudaraku tentang
apa yang aku tanyakan itu. Dan dia juga
telah menanyakan ayahku (Ali bin Abu
Thalib ra.) tentang cara keluar beliau
dan masuk beliau, tentang cara
duduknya, malah tentang segala sesuatu
mengenai Rasulullah SAW itu.
Keadaannya di rumah
Berkata Al-Hasan ra. lagi: Aku juga
pernah menanyakan ayahku tentang
masuknya Rasulullah SAW lalu dia
menjawab: Masuknya ke dalam
rumahnya bila sudah diizinkan khusus
baginya, dan apabila dia berada di
dalam rumahnya dibahagikan masanya
tiga bahagian. Satu bahagian khusus
untuk Allah ta’ala, satu bahagian untuk
isteri-isterinya, dan satu bahagian lagi
untuk dirinya sendiri. Kemudian
dijadikan bahagian untuk dirinya itu
terpenuh dengan urusan di antaranya
dengan manusia, dihabiskan waktunya
itu untuk melayani semua orang yang
awam mahupun yang khusus, tiada
seorang pun dibezakan dari yang lain.
Di antara tabiatnya ketika melayani
ummat, dia selalu memberikan
perhatiannya kepada orang-orang yang
terutama untuk dididiknya, dilayani
mereka menurut kelebihan diri masing-
masing dalam agama.
Ada yang keperluannya satu ada yang
dua, dan ada yang lebih dari itu, maka
dia akan duduk dengan mereka dan
melayani semua urusan mereka yang
berkaitan dengan diri mereka sendiri
dan kepentingan ummat secara umum,
cuba menunjuki mereka apa yang perlu
dan memberitahu mereka apa yang
patut dilakukan untuk kepentingan
semua orang dengan mengingatkan
pula: “Hendaklah siapa yang hadir
menyampaikan kepada siapa yang tidak
hadir. Jangan lupa menyampaikan
kepadaku keperluan orang yang tidak
dapat menyampaikannya sendiri, sebab
sesiapa yang menyampaikan keperluan
orang yang tidak dapat menyampaikan
keperluannya sendiri kepada seorang
penguasa, nescaya Allah SWT akan
menetapkan kedua tumitnya di hari
kiamat”, tiada disebutkan di situ hanya
hal-hal yang seumpama itu saja. Dia
tidak menerima dari bicara yang lain
kecuali sesuatu untuk maslahat
ummatnya. Mereka datang kepadanya
sebagai orang-orang yang berziarah,
namun mereka tiada meninggalkan
tempat melainkan dengan berisi. Dalam
riwayat lain mereka tiada berpisah
melainkan sesudah mengumpul banyak
faedah, dan mereka keluar dari
majlisnya sebagai orang yang ahli
dalam hal-ehwal agamanya.
Keadaannya di luar rumah
Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Kemudian
saya bertanya tentang keadaannya di
luar, dan apa yang dibuatnya?
Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW
ketika di luar, senantiasa mengunci
lidahnya, kecuali jika memang ada
kepentingan untuk ummatnya. Dia
selalu beramah-tamah kepada mereka,
dan tidak kasar dalam bicaranya. Dia
senantiasa memuliakan ketua setiap
suku dan kaum dan meletakkan masing-
masing di tempatnya yang layak.
Kadang-kadang dia mengingatkan orang
ramai, tetapi dia senantiasa menjaga
hati mereka agar tidak dinampakkan
pada mereka selain mukanya yang
manis dan akhlaknya yang mulia.
Dia selalu menanyakan sahabat-
sahabatnya bila mereka tidak datang,
dan selalu bertanyakan berita orang
ramai dan apa yang ditanggunginya.
Mana yang baik dipuji dan dianjurkan,
dan mana yang buruk dicela dan
dicegahkan. Dia senantiasa bersikap
pertengahan dalam segala perkara, tidak
banyak membantah, tidak pernah lalai
supaya mereka juga tidak suka lalai atau
menyeleweng, semua perkaranya baik
dan terjaga, tidak pernah meremehkan
atau menyeleweng dari kebenaran,
orang-orang yang senantiasa
mendampinginya ialah orang-orang
paling baik kelakuannya, yang
dipandang utama di sampingnya, yang
paling banyak dapat memberi nasihat,
yang paling tinggi kedudukannya, yang
paling bersedia untuk berkorban dan
membantu dalam apa keadaan
sekalipun.
Majlisnya
Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya lalu
bertanya pula tentang majlis Nabi SAW
dan bagaimana caranya ? Jawabnya:
Bahawa Rasulullah SAW tidak duduk
dalam sesuatu majlis, atau bangun
daripadanya, melainkan dia berzikir
kepada Allah SWT Dia tidak pernah
memilih tempat yang tertentu, dan
melarang orang meminta ditempatkan
di suatu tempat yang tertentu. Apabila
dia sampai kepada sesuatu tempat, di
situlah dia duduk sehingga selesai
majlis itu dan dia menyuruh membuat
seperti itu. Bila berhadapan dengan
orang ramai diberikan pandangannya
kepada semua orang dengan sama rata,
sehingga orang-orang yang berada di
majlisnya itu merasa tiada seorang pun
yang diberikan penghormatan lebih
darinya.
Bila ada orang yang datang kepadanya
kerana sesuatu keperluan, atau sesuatu
maslahat, dia terus melayaninya dengan
penuh kesabaran hinggalah orang itu
bangun dan kembali. Dia tidak pemah
menghampakan orang yang meminta
daripadanya sesuatu keperluan, jika ada
diberikan kepadanya, dan jika tidak ada
dijawabnya dengan kata-kata yang tidak
mengecewakan hatinya. Budi pekertinya
sangat baik, dan perilakunya sungguh
bijak. Dia dianggap semua orang seperti
ayah, dan mereka dipandang di sisinya
semuanya sama dalam hal kebenaran ,
tidak berat sebelah. Majlisnya
semuanya ramah-tamah, segan-silu,
sabar menunggu, amanah, tidak pemah
terdengar suara yang tinggi, tidak
dibuat padanya segala yang dilarangi,
tidak disebut yang jijik dan buruk,
semua orang sama kecuali dengan
kelebihan taqwa, semuanya merendah
diri, yang tua dihormati yang muda,
dan yang muda dirahmati yang tua,
yang perlu selalu diutamakan, yang
asing selalu didahulukan.
Ketika bersama sahabat-sahabatnya
Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya pun lalu
menanyakan tentang kelakuan
Rasulullah SAW pada orang-orang yang
selalu duduk-duduk bersama-sama
dengannya? Jawabnya: Adalah
Rasulullah SAW selalu periang
orangnya, pekertinya mudah dilayan,
seialu berlemah-lembut, tidak keras
atau bengis, tidak kasar atau suka
berteriak-teriak, kata-katanya tidak
kotor, tidak banyak bergurau atau
beromong kosong segera melupakan apa
yang tiada disukainya, tidak pernah
mengecewakan orang yang berharap
kepadanya, tidak suka menjadikan orang
berputus asa. Sangat jelas dalam
perilakunya tiga perkara yang berikut.
Dia tidak suka mencela orang dan
memburukkannya. Dia tidak suka
mencari-cari keaiban orang dan tidak
berbicara mengenai seseorang kecuali
yang mendatangkan faedah dan
menghasilkan pahala.
Apabila dia berbicara, semua orang
yang berada dalam majlisnya
memerhatikannya dengan tekun seolah-
olah burung sedang tertengger di atas
kepala mereka. Bila dia berhenti
berbicara, mereka baru mula berbicara,
dan bila dia berbicara pula, semua
mereka berdiam seribu bahasa. Mereka
tidak pernah bertengkar di hadapannya.
Dia tertawa bila dilihatnya mereka
tertawa, dan dia merasa takjub bila
mereka merasa takjub. Dia selalu
bersabar bila didatangi orang badwi
yang seringkali bersifat kasar dan suka
mendesak ketika meminta sesuatu
daripadanya tanpa mahu mengalah atau
menunggu, sehingga terkadang para
sahabatnya merasa jengkel dan kurang
senang, tetapi dia tetap menyabarkan
mereka dengan berkata: “Jika kamu
dapati seseorang yang perlu datang,
hendaklah kamu menolongnya dan
jangan mengherdiknya!”. Dia juga tidak
mengharapkan pujian daripada siapa
yang ditolongnya, dan kalau mereka
mahu memujinya pun, dia tidak
menggalakkan untuk berbuat begitu.
Dia tidak pernah memotong bicara
sesiapa pun sehingga orang itu habis
berbicara, lalu barulah dia berbicara,
atau dia menjauh dari tempat itu.
Ketika diamnya
Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Saya pun
menanyakan pula tentang diamnya,
bagaimana pula keadaannya? Jawabnya:
Diam Rasulullah SAW bergantung
kepada mempertimbangkan empat hal,
iaitu: Kerana adab sopan santun, kerana
berhati-hati, kerana
mempertimbangkan sesuatu di antara
manusia, dan kerana bertafakkur.
Adapun sebab pertimbangannya ialah
kerana persamaannya dalam pandangan
dan pendengaran di antara manusia.
Adapun tentang tafakkurnya ialah pada
apa yang kekal dan yang binasa. Dan
terkumpul pula dalam peribadinya
sifat-sifat kesantunan dan kesabaran.
Tidak ada sesuatu yang boleh
menyebabkan dia menjadi marah,
ataupun menjadikannya membenci. Dan
terkumpul dalam peribadinya sifat
berhati-hati dalam empat perkara, iaitu:
Suka membuat yang baik-baik dan
melaksanakannya untuk kepentingan
ummat dalam hal-ehwal mereka yang
berkaitan dengan dunia mahupun
akhirat, agar dapat dicontohi oleh yang
lain. Dia meninggalkan yang buruk,
agar dijauhi dan tidak dibuat oleh yang
lain. Bersungguh-sungguh mencari jalan
yang baik untuk maslahat ummatnya,
dan melakukan apa yang dapat
mendatangkan manfaat buat ummatnya,
baik buat dunia ataupun buat akhirat
1. Beliau biasanya memaafkan musuh
dan para sahabat-sahabatnya yang
menyakitinya. Di perang Uhud
beliau berdoa untuk kaum kafir
yang menyebabkan mulutnya
berdarah “Ya Allah maafkan mereka
yang tidak tahu”
2. Beliau sangat penyantun. Beliau
biasa memberi minum hewan
piaraanya dengan ember dan
menunggunya hingga selesai. Beliau
membersihkan wajah dan mata
kuda tungganganya.
3. K etika dipanggil, beliau menjawab
dengan berkata “labaik” (ya!) Beliau
tidak pernah melangkahi orang
lain. Beliau biasa duduk di kedua
kakinya. Ketika menunggang hewan
dan melihat ada orang yang
berjalan, beliau mengajak orang itu
menumpang di hewan
tunggangannya.
4. Beliau tidak memandang dirinya
memiliki kelebihan dibanding
lainnya. Ketika sedang berada
dalam sebuah perjalanan bersama
sahabat-sahabatnya mereka
bermaksud memasak seekor
kambing. Salah seorang di antara
mereka memberikan kambingnya.
Ada yang menawarkan diri
mengulitinya. Ada yang
menawarkan sebagai juru masak.
Rasulullah SAW kemudian
menawarkan dirinya mencari kayu
bakar. Para sahabat berkata “Ya
Rasulullah Anda duduk sajalah.
Kami yang akan mencari kayunya.”
Beliau menjawab “ya! saya tahu
Anda semua siap melakukannya.
Tetapi saya tidak ingin duduk-
duduk saja sementara yang lain
bekerja. Allah tidak suka kalau ada
yang duduk-duduk saja sedang yang
lain bekerja. ” Beliau lalu berdiri
dan pergi mencari kayu bakar.
5. Ketika beliau mengunjungi sahabat-
sahabatnya beliau tidak selalu
duduk di bagian depan. Beliau
mencari tempat yang kosong. Ketika
beliau datang, sahabat-sahabatnya
cepat-cepat berdiri. Beliau berujar
“janganlah kalian berdiri untuk
menghormatiku bersikaplah biasa
seperti ketika kalian kedatangan
orang lain. Saya seperti orang lain.
Saya makan seperti yang lainnya.
Sayapun duduk kalau lelah.”
6. Seringkali nabi duduk di kedua
lututnya. Beliau juga pernah berdiri
menggunakan lututnya ketika
memeluk menyambut sahabat-
sahabatnya. Beliau tidak pernah
membedakan makanan untuknya
dan para pembantunya, demikian
juga dalam hal berpakaian. Beliau
sering membantu pelayannya
menyelesaikan pekerjaan. Beliau
tidak pernah menyumpahi atau
menyakiti orang lain. Anas bin
Malik, yang setia melayaninya
berkata, “aku menjadi pelayan
Rasulullah selama 10 tahun. Beliau
membantuku lebih sering dibanding
aku membantunya. Beliau tidak
pernah memarahiku. Beliau tidak
pernah berkata kasar kepadaku.”
7. Beliau suka menambal sendiri
pakaiannya yang sobek, memerah
susu kambingnya, dan memberi
minum hewan piaraannya. Beliau
sering membawa barang-barang
belanjaan sendiri ke rumahnya.
Dalam perjalanan, beliau sering
memberi makan hewan
tunggangannya. Kadang-kadang
beliau melakukannya sendiri dan
kadang-kadang dilakukan oleh
pelayannya.
8. Ketika beliau dipanggil dengan
sebutan pelayan oleh seorang
pelayan, sebuah kebiasaan di
Madinah, beliau lalu berjalan
dengan pelayan itu beriringan.
9. Beliau sering mengunjungi orang
yang sakit dan menghadiri
pemakamannya. Untuk
menggembirakan hati si sakit,
beliau mengunjunginya meskipun si
sakit kafir atau munafik.
10. Setelah beliau melaksanakan sholat
subuh di Masjid, beliau
menghampiri para sahabatnya
sambil berkata: “Adakah yang sakit?
Bila ada mari kita
mengunjunginya.” Kemudian beliau
juga berkata:”adakah yang
meninggal?Bila ada mari kita
membantunya.”Kemudian beliau
sering juga berkata:”adakah di
antara kalian yang bermimpi
sesuatu? Bila ada mari kita
tafsirkan mimpinya.” Bila ada yang
meninggal beliau membantu
menyiapkan pemakamnnya dan
menyolatkannya serta menghadiri
pemakamannya.
11. Ketika beliau tidak melihat sahabat-
sahabatnya selama tiga hari beliau
akan menanyaknnya. Bila
sahabatnya itu sedang bepergian
beliau mendoakannya, atau bila
sahabatnya ada di kotanya beliau
akan mengunjunginya.
12. Beliau selalu mendahului
menyambut orang lain yang
dijumpainya.
13. Beliau suka mengendarai unta,
keledai, dan kadang-kadang
mengajak orang lain menunggang
bersamanya.
14. Beliau suka melayani tamunya dan
para sahabatnya dan beliau
menyatakan: “orang yang paling
dekat dengan masyaraktnya adalah
orang yang selalu melayani orang
lain.”
15. Tidak seorang pun pernah
menyaksikan beliau tertawa
terbahak-bahak. Beliau suka
tersenyum kecil. Kadang-kadang
gigi depannya tampak ketika beliau
tertawa.
16. Beliau selalu tampak hati-hati dan
cermat. Beliau suka berbicara
pelan-pelan. Beliau biasa memulai
pembicaraan dengan senyum.
17. Beliau tidak pernah berbicara yang
mubazir atau tanpa keperluan. Bila
beliau memerlukan sesuatu beliau
akan berbicara dengan singkat dan
jelas. Terkadang beliau mengulangi
pembicaraan sampai tiga kali agar
bias dipahami.
18. Beliau biasa bercanda dengan
orang-orang asing, orang yang
pernah dikenalnya, anak-anak,
wanita tua, dan wanita yang
menjadi mahramnya (yang tidak
boleh dinikahi). Namun demikian,
hal itu tidak membuatnya lupa
kepada Allah.
19. Tak seorang pun sanggup
melihatnya berlama-lama karena
kemulyaannya. Bila seseorang
melihatnya, ia pasti mulai
berkeringat. Beliau sering berkata
janganlah engkau ..dirimu! saya
bukanlah raja. Saya bukanlah
penjahat. Saya adalah anak dari
seorang wanita dan saya juga makan
daging kering.” Sehingga orang lain
hilang kekuatirannya dan
menjelaskan masalah yang
dihadapinya.
20. Beliau tidak memiliki pengawal
atau penjaga. Setiap orang dapat
menemuinya dan mengutarakan
masalahnya.
21. Beliau sangat pemalu. Beliau biasa
memperhatikan wajah orang yang
mengajaknya berbicara.
22. Beliau tidak pernah
mempermalukan orang akibat
kesalahannya. Beliau tidak pernah
mengeluhkan orang lain. Kalau
beliau tidak senang dengan kata-
kata atau perbuatan orang lain
maka beliau berkata: “heran koq
ada orang yang kelakuannya seperti
itu.”
23. Meskipun beliau orang yang
memiliki keutamaan, beliau
berkata: “Di antara kalian akulah
orang yang paling paham tentang
Allah dan paling takut kepada-Nya.
Bila kalian tahu apa yang aku
ketahui maka kalian akan sedikit
tertawa dan banyak menangis.”
24. Hatinya sangat mulya dan memiliki
keberanian. Di perang Hunain,
banyak tentara Muslim lari
mengumpulkan harta rampasan
perang. Akibatnya di sekitar beliau
hanya tinggal beberapa orang saja.
Selanjutnya pasukan musuh
menyerang secara tiba-tiba dan
mereka mengelilingi Rasulullah.
Namun Rasululllah tidak bias
ditaklukan.

Share this post :

Posting Komentar

PAPAN PENGUMUMAN

Statistik Blog

 
Support : dzulAceh | DownloadRPP | BerintaNanggroe
Copyright © 2015. IPNU IPPNU PASURUHAN LOR - All Rights Reserved
Template by Cara Gampang Modified by dzulAceh
Proudly powered by Blogger